Syarahan "Malaysian model of development"
University of Medical Sciences, Esfahan
Majlis yang dianjurkan oleh pihak universiti dan Majlis Bandaraya Esfahan dihadiri oleh Mr Bakhtiari, gabenor bandaraya Esfahan. Ucapan aluan oleh Menteri Koperasi Iran memandang tinggi peranan Tun sebagai seorang yang berjaya membangunkan negara semasa menjadi Perdana Menteri dan lantas menjadikan Malaysia satu model pembangunan untuk semua negara membangun terutamanya negara-negara Islam.

Tun seterusnya menyampaikan ucapan "off the cuff" selama hampir sejam, diikuti dengan sesi soaljawab.
Intisari ucapan Tun;
Kepelbagaian bangsa, ugama dan kebudayaan Malaysia adalah satu cabaran untuk membangunkan negara. Pemimpin awal Malaysia telah bersepakat untuk bekerjasama dan mengamalkan sikap berunding secara tertib dan saling bertolak ansur. Tanpa kestabilan, mustahil negara dapat dibangunkan. Dengan itu pelbagai kaum telah dapat bekerjasama dan membesarkan "economic pie" untuk di rasa bersama.
Sebuah kerajaaan yang baik akan memperjuangkan nasib rakyat dan sentiasa peka dengan halatuju negara. Malaysia selepas merdeka adalah negara yang agak miskin, tanpa pekerja-pekerja mahir yang mencukupi.Pertanian dan melombong tidak menjanjikan pekerjaan dan pulangan yang baik. Langkah terbaik ialah dengan mewujudkan perindustrian sebagai teras ekonomi negara. Dasar ini telah berjaya menghasilkan pekerjaan dan pembangunan ekonomi.
Tun juga menyentuh perlunya ada perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk memastikan negara membangun bersama halatuju yang jelas. Amat penting untuk kerajaan yang baik untuk menyampaikan perancangan tersebut secara jelas agar rakyat juga dapat memahami perancangan tersebut, seterusnya menjayakannya.

<< Home