Monday, September 18, 2006

Iranian 3rd Annual Conference on Science and Technology Park

Abbasi Hotel, Esfahan, Iran

Seminar bertemakan pembangunan taman teknologi dan sains dianjurkan oleh gabungan ASPA (Asian Science Park Association), AISP dan Iranian Chapter. Dihadiri oleh peneraju-peneraju taman sains dan teknologi dari seluruh dunia, terutamanya dari kawasan Asia Pasifik.







Intipati Ucaptama Tun

Umat Islam dan masyarakat dunia ketiga telah tertinggal dalam revolusi industri menyebabkan kita terkebelakang sehingga kehari ini. Untuk menjamin masa depan yang lebih bermakna kita perlu memastikan kita tidak ketinggalan sekali lagi dalam ledakan revolusi IT dan e-ekonomi.

Dalam dunia tanpa sempadan kegiatan ekonomi dimasa akan datang akan bergantung kepada kecekapan kita dalam industri IT. Multimedia Super Corridor adalah satu garapan untuk memastikan kita tidak ketinggalan sekali lagi. Tun telah mengupas keperluan mewujudkan prasarana yang mesra untuk memastikan kejayaan ini.

Kita tidak lagi mampu maju kedepan hanya dengan berbekalkan pertanian dan mengharapkan hasil mahsul perut bumi untuk memacu ekonomi. Antara unsur-unsur penting yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan IT termasuklah pembangunan internet search engines, simulators, RFID technologies, 4G communications, sensor and feedback loop with autoregulations. Tetapi kemajuan hanya akan tercapai dengan nilai-nilai masyarkat yang positif.

Untuk menjayakan cita-cita ini, kita perlu lebih tekun berlumba-lumba menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran dari pelbagai sumber.