Breakthrough Leadership Conference
The Emirates Palace, Abu Dhabi
Seminar dianjurkan oleh The Interior Ministry dan Police Headquarters UAE dihadiri oleh pemimpin politik, pemimpin perniagaan, cendikiawan dan pegawai polis dari seluruh dunia. Tun telah menyampaikan ucaptama dengan tajuk "Mindset Change : Leadership in a Changing World"

Kupasan Ucaptama Tun
Penentu sama ada sebuah organisasi atau negara berjaya mencapai tahap kemajuan yang tinggi adalah bergantung kepada keupayaan organisasi atau negara tersebut menghadapi perubahan yang berlaku disekelilingnya. Jika gagal bertindak untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, nescaya akan gagallah organisasi tersebut untuk maju kedepan.
Umat Islam dizaman Andalus telah mencapai tahap tamaddun yang amat tinggi berbanding dengan orang-orang Eropah yang masih lagi hidup dizaman kegelapan pada masa itu. Namun pada kurun ke15, berlaku perubahan minda dan halatuju dikalangan masyarakat Islam. Mereka mula melupakan amalan mencari segala bentuk ilmu pengetahuan terutamanya dibidang sains, matematiks dan perubatan. Sebaliknya mereka hanya menumpukan perhatian kearah pembelajaran ilmu agama semata-mata. Orang Eropah telah mempelajari dan seterusnya mengembangkan ilmu-ilmu sains tersebut sehingga mereka akhirnya berjaya mencapai renaissance dan seterusnya revolusi perindustrian. Dengan meninggalkan nilai-nilai positif, umat Islam telah ketinggalan dalam segala segi hinggalah kehari ini.
Semua masyarakat didunia ini boleh berjaya dan mencapai kemajuan yang pesat. Yang diperlukan adalah kesanggupan berusaha menimba ilmu dan kemahiran serta menerapkan nilai-nilai positif yang memungkinkan kejayaan seperti cekal, bertekun dalam melakukan kerja, sentiasa berusaha memajukan diri dengan menambah ilmu pengetahuan, berdisiplin, menghormati masa dan rasa malu yang menebal jika diri gagal melaksanakan tugas dengan baik.
Generasi pemimpin yang akan datang perlulah berani merobah nilai-nilai didalam masyarakt daripada yang buruk kepada yang lebih baik. Sifat-sifat mulia, walaupun dari budaya asing, perlu diseapkan dan seterusnya menjadi nilai budaya yang menjadi sebati.

0 Comments:
<< Home