Sarajevo
Entah kenapa hati ini bagaikan disiat
Kerana cerita lukamu
Untuk bangsa yang mudah lupa
Dari tenang sejuk matair dikaki bukit di Ilidza
Kami menyusuri denai dibarisi pepohon besar
Amat susah mengandaikan
Tidak lama dulu
Denai ini dihujani peluru gila
Dari manusia yang lupa daratan
Illahi
Kasihanilah kami yang sering lupa-lupa
(Sambil ku ambil “kain buruk itu buat menyapu siair mata”)





<< Home